Monday 19 June 2017

Kucing Bantu Merawat Emosi.

Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka kucing? Yes! Kita geng.

Selain memasak, saya pon suka binatang. Lebih-lebih lagi kucing. Kucing ni boleh buat terapi emosi bagi saya. Tapi orang yang kenal saya, mesti akan cakap "ingatkan tak suke kucing" sebab tak nampak pon ke"obses"an kucing tu. Hihi.

Sebenarnya kan kucing ni boleh bantu kita kawal emosi dengan kecomelan dan kemanjaan die. Tapi kan dengan kucing kita boleh dilimpahkan rezeki dan kesenangan.

Percaya atau tak, saya pernah demam, pernah sakit, sebabkan kucing kesayangan hilang. Kucing yang masih ada lagi sampai sekarang, musang. Namanye musang. Die lahir lebih kurang dalam tahun 2010, sekarang 2017. Dah 7tahun dah kucing tu. Lama kan?

Okay. Pernah tak dengar satu kisah pasal seorang pemuda dengan seekor ibu kucing?

Alkisah...
Pemuda ini mempunyai seorang ibu yang sedang koma dan kritikal di ICU. Doktor hanya mampu mengucapkan, teruskan berdoa sebab ibunya sudah tiada harapan.

Pada malam tu, pemuda ni nak balik sekejap. Singgah sebentar di peteol pam untuk mengisi minyak. Tiba-tiba pemuda ni ternampam seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak. Terdetik dalam hatinya "kesiannya kucing ni, dahla baru beranak, macam mane die nak cari makanan untuk diri die" Tanpa tunggu lama, die terus masuk ke kedai di petrol pam, untuk membeli makanan kucing dan diberi pada kucing.

Keesokan harinya, pemuda ini pergi semula ke hospital untuk melawat ibunya, tetapi ibunya telah tiada di bilik kecemasan. Gelisahnya rasa hati, terus die bertanya kepada nurse disitu.
Nurse bagitahu yang ibunya telah dipindahkan ke wad biasa sebab dah beransur pulih. Punyalah die terkejut dan terus pergi melihat ibunya. Dan tanpa disangka-sangka, ibunya memang nampak sihat, dan dah boleh duduk.

Bila ditanya macammana ibunya boleh sembuh secepat itu. Ibunya berkata "malam tadi semasa ibu tidur dalam koma, ibu mimpi ade seekor ibu kucing sedang menadah tangan mendoakan kesihatan ibu. Mengalirlah airmata pemuda ini. Allahuuu... Sekecil-kecil pertolongan hanya kepada kucing, Allah membalasnya dengan kesihatan ibunya.

Begitulah cerita seorang pemuda dengan seekor ibu kucing.

Sebenarnya bila kita membantu atau hanya dengan memberi makan kepada kucing, ia akan mendoakan kebaikan kepada kita. Bukan sahaja kucing, tapi dengan semua binatang. Sebab mereka juga adalah makhluk Allah.

Walaupon kita geli dengan haiwan yang bernama kucing, janganlah sesekali kita sepak, pukul, pijak dan campak haiwan ini. Mereka juga boleh menjadi punca timbangan kita berat atau ringan di mahsyar nanti.

Hargailah kucing dan haiwan lain. ❤

11 comments:

  1. kasihan sangat kalau lihat kucing yang dianiayai oleh manusia. Ia pun benda hidup juga. Jangan dianiaya sebegitu rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Kadang sayu je tengok mata kucing tu bila dibuat macam-macam kat dia. Moga kita dijauhkan dari mendera binatang. Aameeennn.

      Delete
  2. Memang best..
    Kakina sendiri ada 4 ekor kucing..
    Bila penat sembang ngn.kucing..je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahh.. Bestnye kak ina. Mesti meriah kan. Lagi-lagi kalau kucing tu buat perangai manja-manja die. Rase macam nak gigit je.. Geram!! Ehehhee..

      Delete
  3. Sya suka kucing lg2 yg comel dan bulu gebu..tapi takut nak pegang. Tak berani pegang smp skrg. Tengok je berani hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kena gigit ye sya? Hihihi.. Tapi comel kan kucing ni.. Lagi² yang kemetot tu. Hihihi.

      Delete
  4. Best story,😇 kekadang kesian tgok kucing2 yg dibuang merata-rata tmpt tak terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²..kadang kucing ni minta sisa makanan je pon, dah ditendang disepak. 😢

      Delete
  5. Best story,😇 kekadang kesian tgok kucing2 yg dibuang merata-rata tmpt tak terjaga

    ReplyDelete
  6. Kucing salah 1 binatang kesukaan Rasulullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesszzaaa.. Sayang menyayangilah kita sesama binatang. 😊

      Delete