Wednesday 7 June 2017

8 cara pudarkan jeragat dengan barang dapur.

Assalamualaikum w.b.t

Jeragat yang kurang tebal/teruk, inshaallah boleh dibantu dan dipudarkan dengan tips dari dapur.

1. Aloe vera/lidah buaya

Ambil lendir/gel dari kulit lidah buaya. Ratakan dimuka seperti masker. Setelah kering bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu untuk hasil yang memuaskan.

2. Lemon

Potong lemon kepada dua bahagian. Pastikan muka telah dibersihkan terlebih dahulu. Sapu/gosokkan lemon pada tempat yang berjeragat. Biarkan selama 15minit. Setelah kering bilas dengan air suam.

3. Putih telur

Ramai yang tak suka dengan bau nye. Hanyir.. Okay, Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur sahaja. Pastikan muka telah dibersihkan terlebih dahulu. Ratakan putih telur di muka seperti masker. Setelah kering, ratakan lagi sekali pada muka. Setelah itu, kering, barulah dibilas dengan air suam secara membulat.

4. Air mawar.

Air mawar memang sesuai dengan semua jenis kulit bagi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan jeragat menjadi lebih teruk. Sapu/ratakan air mawar selepas mandi atau selepas mencuci muka.

5. Kentang mentah.

Hiris dan gosokkan sepotong kentang pada kulit yang bermasalah. Kentang sangat baik untuk merawat pigmentai dan bintik-bintik hitam.

6. Serbuk kunyit.

Campurkan serbuk kunyit dengan jus lemon dan gaul sehingga menjadi pes. Ratakan ke tempat yang bermasalah. Setelah kering bilas dengan air suam.
7. Bawang merah.

Hiris bawang merah menjadi kepingan bawang. Ambil satu kepingan, gosokkan pada tempat yang bermasalah.

8. Air kosong.

Anda perlu mengambil air secukupnya untuk mengepam keluar toksin dari badan, supaya kulit menjadi lebih sihat dan berseri.

Jeragat yang teruk agak sukar dihilangkan, dengan hanya menggunakan tips dari dapur.
Atasi masalah jeragat dengan vitamin. Ini adalah tips atau cara yang lebih praktikal pada zaman sekarang. Ikhtiar dengan vitamin juga boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment