Thursday 8 June 2017

Cara menghilang jerawat yang mengganggu keyakinan diri.

Assalamualaikum w.b.t

Bila jerawat mula menjengah, biasanya keyakinan diri mula menurun. Yelah kan, orang duk pandang-pandang macam kita ni ade penyakit yang berjangkit pulak. Jerawat ni ade macam-macam jenis. Ade yang teruk dan ade yang biasa-biasa. Sekiranya anda mengalami jerawat yg teruk, seeloknya anda pergi berjumpa pakar kulit dan dapatkan nasihat yang sepatutnya.

Jom kenali punca-punca jerawat.

1. Masalah hormon


Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai  hormon androgen. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa...pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih.  Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Sebenarnya ini hanya sebahagian daripada punca jerawat. Ada banyak lagi punca yang menyebabkan jerawat semakin parah.


CARA MENGHILANGKAN JERAWAT MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI.

Tak salah kalau kita nak berikhtiar dengan ape cara sekalipun, tapi tak salah juga kita cuba ikhtiar masalah jerawat dengan vitamin semulajadi. Shaklee juga ade menyediakan set vitamin untuk jerawat.

Set jerawat Shaklee, B COMPLEX, SR VITA-C PLUS,VITA E COMPLEX dan ESP.


BAGAIMANA VITAMIN INI BERFUNGSI.

B COMPLEX - membantu mengatasi stress, dan menyebabkan muka nampak lebih glowing dan berseri.

SR VITA-C PLUS - bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan kolagen. Ia juga menghalang kotoran luaran seperti pencemaran dan toksin yang menyebabkan jerawat.

VITA E COMPLEX - menghilangkan parut dan jesan cela.

ESP - menbina sel-sel baru untuk kulit lebih sihat dan bersih. Serta memulihkan pigmentasi dan menjadikan kulit berseri serta tona lebih sekata.

TESTIMONI.





Sekiranya anda ingin mencuba set jerawat ini, anda boleh terus hubungi saya di talian 013.398.0632 untuk dapatkan KONSULTASI PERCUMA, ISTIMEWA DAN EXCLUSIVE.



No comments:

Post a Comment