Tuesday 20 June 2017

Amalan Yang Perlu Dilakukan Setelah Disahkan Menghidap Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum w.b.t

Antara punca kita tergolong dalam golongan mereka yang menghidap tekanan darah tinggi adalah keturunan dan faktor pemakanan. Daripada kedua-dua punca ni, kita sangat perlu berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kesihatan, sebab penyakit tekanan darah tinggi ni kita tak sedar pon kedatangannya. "Dia" datang tanpa memberi salam.

Sekiranya kita mempunyai keturunan penghidap darah tinggi, lagi bertambah-tambah patut berjaga-jaga sebab ada kemungkinan besar, bila kita tersilap langkah, kita juga akan termasuk dalam golongan ini.

Teringat kisah arwah mak. Mak memang ade penyakit darah tinggi. Dan alhamdulillah mak memang sentiasa buat check-up dan makan ubat ikut dos yang diberikan. Takdir Allah menentukan segalanya. Satu hari mak pengsan, terus dikejarkan ke hospital. Bila doktor scan kepala, rupanya ada pendarahan yang kecil sebesar duit 5sen. Doktor hanya bagi ubat untuk menghilangkan pendarahan tersebut. Alhamdulillah mak kembali sihat.

Selang beberapa bulan, mak kembali pengsan dan terus dikejarkan kembali ke hospital. Doktor scan semula kepala, dan doktor sangat terkejut sebab pendarahan tu dah merebak terlalu banyak. Bila diamati, rupanya banyak saluran darah yang telah pecah dan perlu dibedah segera untuk menghentikan pendarahan. Allahurabbi... Terduduk kami mendengar berita ni. Hanya Allah je yg tahu perasaan kami masa tu.  Abah mengizinkan demi kesihatan mak. Doktor mengandaikan akan terjadi salah satu dari dua situasi ini kepada mak. Sama ada mak buta dan boleh bercakap, atau mak nampak tapi tak boleh bercakap. Dan mak jugak akam stroke selepas dibedah.

Setelah beberapa jam, alhamdulillah syukur kepada Allah, mak selamat dan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Setelah mak sedar, tanpa kami duga mak telah hilang ingatan. Mak tak ingat langsung anak, apatah lagi suami.

Selang seminggu, Allah mengembalikan semula ingatan mak. Walaupon mak masih ingat-ingat lupa. 3 hari selepas pembedahan, mak tiba-tiba tak sedarkan diri. Bila sedar mak dah lumpuh separuh badan dan tak boleh bercakap. Allahuakbar!! Bertimpa-timpa ujian pada mak. Setelah 5tahun mak diuji dengan kesihatan, akhirnya kami dikhabarkan mak dah kembali kepada Yang Maha Esa ketika tido.

Semoga roh mak tenang disana. Aameeeennn.

Apa yang saya dapat daripada kisah mak saya tadi, mak memang seorang yang menjaga pemakanan dan akan sentiasa pergi membuat rawatan. Tapi Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk mak. Bayangkan kalau kita tak menjaga pemakanan, tak buat rawatan susulan, agak-agak ape akan jadi pada kita? Adakah kita hanya menyerah? "Allah dah bagi aku sakit, nak buat macammana, redha je.. ". Begitu ke?? Sebaiknya kita usaha sehabis baik untuk melihat diri kita lebih sihat. Nikmat sihat itu sangat indah.

Saya nak kongsi tips atau amalan yang boleh kita lakukan sekiranya kita disahkan menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

1. Solat hajat sentiasa mohon Allah beri kesihatan yang baik.

2. Tangani stress secara konsisten dengan menenangkan hati dan fikiran. Sentiasa dekatkan diri dengan AlQuran. Ayat-ayat AlQuran mampu menenangkan hati yang sedang bersedih dan kusut.

3. Amalkan senaman selama 30minit sehari. Tak perlu nak senam berat-berat. Senaman sekadarnya yang boleh mngeluarkan peluh.

4.. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol dalam setiap makanan.

5. Kurangkan berat badan jika sudah berlebihan.

6. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

7. Berhenti merokok.

8. Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan yang telah diberikan.

Last but not lease, ade satu petua yang saya nak kongsi. Moga memberi manfaat pada pesakit tekanan darah tinggi dan juga bermanfaat pada kita semua.

* Amalkan makan cincau 2hari sekali. Cincau ni bersifat sejuk. Jika tak mampu makan begitu saja, blend kan cincau tu tuk diminum. In Shaa Allah boleh turunkan tekanan darah kita.. Semua dengan izin Allah.

Jom mulakan perubahan demi sebuah kesihatan yang sangat bernilai. Sihat itu Kaya.

Baca : Risiko Yang Bakal Dihadapi Oleh Pesakit Tekanan Darah Tinggi

Monday 19 June 2017

Kucing Bantu Merawat Emosi.

Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka kucing? Yes! Kita geng.

Selain memasak, saya pon suka binatang. Lebih-lebih lagi kucing. Kucing ni boleh buat terapi emosi bagi saya. Tapi orang yang kenal saya, mesti akan cakap "ingatkan tak suke kucing" sebab tak nampak pon ke"obses"an kucing tu. Hihi.

Sebenarnya kan kucing ni boleh bantu kita kawal emosi dengan kecomelan dan kemanjaan die. Tapi kan dengan kucing kita boleh dilimpahkan rezeki dan kesenangan.

Percaya atau tak, saya pernah demam, pernah sakit, sebabkan kucing kesayangan hilang. Kucing yang masih ada lagi sampai sekarang, musang. Namanye musang. Die lahir lebih kurang dalam tahun 2010, sekarang 2017. Dah 7tahun dah kucing tu. Lama kan?

Okay. Pernah tak dengar satu kisah pasal seorang pemuda dengan seekor ibu kucing?

Alkisah...
Pemuda ini mempunyai seorang ibu yang sedang koma dan kritikal di ICU. Doktor hanya mampu mengucapkan, teruskan berdoa sebab ibunya sudah tiada harapan.

Pada malam tu, pemuda ni nak balik sekejap. Singgah sebentar di peteol pam untuk mengisi minyak. Tiba-tiba pemuda ni ternampam seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak. Terdetik dalam hatinya "kesiannya kucing ni, dahla baru beranak, macam mane die nak cari makanan untuk diri die" Tanpa tunggu lama, die terus masuk ke kedai di petrol pam, untuk membeli makanan kucing dan diberi pada kucing.

Keesokan harinya, pemuda ini pergi semula ke hospital untuk melawat ibunya, tetapi ibunya telah tiada di bilik kecemasan. Gelisahnya rasa hati, terus die bertanya kepada nurse disitu.
Nurse bagitahu yang ibunya telah dipindahkan ke wad biasa sebab dah beransur pulih. Punyalah die terkejut dan terus pergi melihat ibunya. Dan tanpa disangka-sangka, ibunya memang nampak sihat, dan dah boleh duduk.

Bila ditanya macammana ibunya boleh sembuh secepat itu. Ibunya berkata "malam tadi semasa ibu tidur dalam koma, ibu mimpi ade seekor ibu kucing sedang menadah tangan mendoakan kesihatan ibu. Mengalirlah airmata pemuda ini. Allahuuu... Sekecil-kecil pertolongan hanya kepada kucing, Allah membalasnya dengan kesihatan ibunya.

Begitulah cerita seorang pemuda dengan seekor ibu kucing.

Sebenarnya bila kita membantu atau hanya dengan memberi makan kepada kucing, ia akan mendoakan kebaikan kepada kita. Bukan sahaja kucing, tapi dengan semua binatang. Sebab mereka juga adalah makhluk Allah.

Walaupon kita geli dengan haiwan yang bernama kucing, janganlah sesekali kita sepak, pukul, pijak dan campak haiwan ini. Mereka juga boleh menjadi punca timbangan kita berat atau ringan di mahsyar nanti.

Hargailah kucing dan haiwan lain. ❤

Sunday 18 June 2017

Risiko Yang Bakal Dihadapi Oleh Pesakit Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum  w.b.t

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang, seterusnya mengakibatkan kerosakan organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

PENINGKATAN TEKANAN DARAH TINGGI SECARA MENDADAK AKAN MENYEBABKAN:

1. Kekeliruan
2. Khayal
3. Sawan
4. Kematian
** Jadi, bagi pesakit tekanan darah tinggi perlu dirawat dengan segera.

RISIKO YANG BAKAL DIHADAPI OLEH PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan kepada gangguan kepada organ-organ tubuh:

1. Jantung: kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
2. Pembuluh darah: menjadi keras
3. Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
4. Mata: pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitive cahaya dalam mata
5. Otak: strok / angin ahmar

* Semua komplikasi di atas dapat dicegah sekiranya anda mendapatkan rawatan awal.

BOLEH JUGA BANTU KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Selain mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor, kita juga boleh ikhtiar dengan vitamin Shaklee. Tapi, ubat-ubatan tu jangan ditinggal yee tanpa nasihat daripada doktor.

Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal, disarankan beberapa rangkaian vitamin Shaklee iaitu:

1. B-Complex
( Harga RM58.75, 120 Tablet, Tahan 4bulan penggunaan )

B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan datah tinggi selalu juga berpunca daripada stres dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

2. Omega Guard
( Harga RM136.25, 90 Tablet, Tahan sebulan penggunaan)

Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Garlic Complex
( Harga RM56.25, 60 Tablet, Tahan sebulan penggunaan)

Garlic atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

Ikhtiarlah semampu yang boleh demi sebuah kesihatan diri yang sangat bernilai. Sihat itu Kaya.❤

Saturday 17 June 2017

Tips menurunkan tekanan darah tinggi dan makanan yang perlu dielakkan.


Assalamualaikum w.b.t

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai "pembunuh senyap". Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi.

Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Selain mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor, kita boleh kurangkan tekanan darah tinggi dengan makanan yang mudah dicari.

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

1. Minum air kelapa muda.
2. Ambil minyak ikan yang berkualiti, samada jenis cecair atau pon jenis pil.
3. Jadikan bawang putih sebai salah satu bahan wajib dalam masakan. Sebaiknya mengambil bawang putih dalam bentuk tablet.
4. Amalkan minum jus timun.
5. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

1. Daging lembu, kambing, kerbau dan arnab. Sup daging/ekor, kari daging, kurma daging, satay daging.
2. Durian
3. Kopi dan Nescafe
4. Ikan masin, telur masin, ikan bilis dan udang kering.
5. Manisan lebah
6. Tapai pulut / ubi dan air tapai.
7. Keladi
8. Quaker oat.

* Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi dalam peringkat bahaya, dilarang sama sekali memakan makanan yang diatas. Kerana akan mengakibatkan mati sebelah badan, stroke, koma, nyanyuk atau hilang ingatan.

Baca : Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.

Friday 16 June 2017

Resepi Tradisi : Gulai Tempoyak Ikan Patin.

Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka makan lauk ni dengan nasi panas? Kita geng! Dulu saya tak suka tempoyak. Tapi hantu durian. Hihi..

Bila dah kawen, mula lah episod bergulai tempoyak ikan patin. Asalnya tengok je orang makan, tapi bau nyeee fuuhhh mengancam!! Memang boleh off diet kalau jumpe lauk ni.

Rupenya family suami orang pahang. Memang ni makanan favorite semua la. Tak cukup sekor patin, berebut-rebut makan.

Okay, harini saya nak share resepi gulai tempoyak ikan patin. Mudah je..

Bahan-bahan :

• Cili padi
• Tempoyak
• Daun kesum
• Asam keping
• Ikan patin
• Garam
• Gula

Cara-cara :

1. Blend cili padi dengan tempoyak, dan masukkan dalam periuk.
2. Kemudian masukkan asam keping dan daun kesum. Gaul rata dan naik kan atas api.
3. Setelah mendidih masukkan ikan, garam dan gula.
* tambah air sikit-sikit kalau nak berkuah.
4. Siap dan sedia dihidang!! Makan dengan nasi panas.

Mudahkan? Selamat mencuba. ❤


Thursday 15 June 2017

Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ni saya nak share tentang tekanan darah tinggi.

Saya ada sejarah keluarga tentang penyakit tekanan darah tinggi. Arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi dan stroke. Arwah abah pula disebabkan darah tinggi dan mengalami komplikasi di injap jantung. Memang ada yang kata sudah sampai ajal.. Tapi inilah hasil kajian doktor terhadap mak ayah saya.

Sejak dari tu... Saya amat concern dan sedia membantu pada sesiapa yang ada masalah tekanan darah tinggi. Jangan dipandang enteng ye.... Lagi lagi sekarang ni cuaca di Malaysia... Tidak menentu... Cuaca pon main peranan? Yes! ... Cuaca juga memainkan peranan dalam terjadinya tekanan darah tinggi!

Sebenarnya, tekanan darah tinggi boleh diikhtiar samada dengan ubat-ubatan atau tanpa ubat-ubatan. Untuk ikhtiar tanpa ubatan, tidak ada cara lain selain merubah cara hidup yang tidak sihat kepada cara yang lebih sihat..

Okay. Jom kenal..

MACAM MANA TERJADINYA TEKANAN DARAH TINGGI ?

Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam. Dimana ia mengunjurkan dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang menbawa darah keseluruhan badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang dan individu, dan bacaannye juga berbeza.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolestrol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi tidak mengalami sebarang gejala atau simptom. Kadangkala seseorang tu hanya mengalami simptom yang tidak spesifik seperti sakit kepala dan pening kepala.

Sakit kepala boleh berlaku dalam kes tekanan darah tinggi. Selalunya ianya berlaku pada waktu pagi, rase berdenyut pada bahagian belakag kepala, bergantung kepada tahap keseriusan tekanan darah tinggi.

Kita dinasihatkan supaya membuat rawatan kesihatan sekurang-kurang setahun sekali. Ingat yeeee.. Jangan tunggu dan ambil ringan bila kita kerap sakit atau pening kepala, mungkin itu adalah tanda tekanan darah tinggi dan mungkin juga sudah terlambat.

KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Jangan tak tahu yeee... Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, ade yang boleh bantu mengawal tekanan darah tinggi. Antara nya, Vivix, Omega Guard, Garlic Complex dan B-Complex.

1. VIVIX
Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Gerontologi: tekanan darah. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam Vivix boleh membantu dengan tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. Bagaimana? Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil manusia oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitrik oksida-ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah .

2. OMEGA GUARD
Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, dan mencegah pembekuan darah dalam badan.

3. GARLIC COMPLEX
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

4. B-COMPLEX
B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan darah tinggi selalu juga berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf. B-complex juga bantu menukar makanan menjadi tenaga. So takdela berkumpul jadi gula semata.

TESTIMONI



BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN NI ?

Untuk pertanyaan lanjut, konsultasi, nak jadi ahli atau nak tahu harga lebih jimat, hubungi/whatsapp sahaja 013.398.0632 ( tasnim) hari ini.

Wednesday 14 June 2017

Senarai Lokasi Cawangan Shaklee Di Seluruh Malaysia.


Assalamualaikum w.b.t

Seperti semua sedia maklum, Shaklee adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi, berkesan dan selamat.
Sekiranya anda berminat nak mencuba mana-mana produk yang ada dalam produk Shaklee, boleh lah terus menghubungi saya Tasnim Mohd Salleh (Pengedar Sah Shaklee Kawasan Ampang) di talian. 013.398.0632.

Jika ingin menjadi ahli dan menjana income tambahan, juga boleh terus hubungi saya. Ataupun terus pergi di mana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan untuk mendaftar sebagai ahli dibawah ID : 1165635 ( Tasnim Mohd Salleh).

Yuran untuk keahlian Shaklee RM69 ditambah dengan caj pengeposan RM10. 60 (Semenanjung)  RM 21.20 (Sabah Sarawak) .

Mesti ramai tertanya-tanya, mana Lokasi Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Malaysia?


SENARAI LOKASI CAWANGAN SHAKLEE DI SELURUH MALAYSIA.

Berikut adalah tujuh ( 7 ) Lokasi Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang terkini iaitu Selangor (HQ) , Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak, dan Sabah.


SELANGOR (HQ)

Level 2,
Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan,
Sunway South Quay,                                                      
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor  (Klik Google Maps)

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am – 07:00 pm



KUALA LUMPUR

No 32,
Jalan Seri Rejang 3,
Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur. (Klik Google Maps)

Tel: 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



PULAU PINANG

No. 81, 83 & 85,
Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. (Klik Google Maps)

Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



JOHOR BAHRU, JOHOR

47, 49 & 51,
Jalan Molek 3/20,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor. (Klik Google Maps)

Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



KOTA BHARU, KELANTAN

319, Section 25,
Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.  (Klik Google Maps)

Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



IPOH, PERAK

32,
Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.  (Klik Google Maps)

Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



KOTA KINABALU, SABAH

Lot 4.1,
Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu. (Klik Google Maps)

Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm

Monday 12 June 2017

Pengalaman travel backpackers by flight bersama si kecil.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Buat pertama kalinya Allah izinkan keluarga kecil saya travel by flight dengan seorang anak yang masih kecil. Insyirah waktu ni berumur setahun 6bulan.

Perasaan happy, teruja dan terharu sangat bila suami bagitahu, dia nak bawa kami ke utara Malaysia, Penang. Tak pernah terfikir pon sebelum ni nak pergi ke Penang. Lagi-lagi bila memikirkan segala kos dan anak masih kecil. Lagi tambah terharu, bila suami kata, hotel,tiket dan segalanya dia dah booking dan dah diaturkan. Waahhhh... Berangan jadi princess sekejap. Eheeee...

Maka bermulalah pencarian ilmu serba sedikit tentang travel bersama anak kecil ni. Yelah.. First time kan. Macam-macam perasaan ade, teruja, takut, macam-macam lagi lah.

4/3/2017, bermula pengembaraan kami yang sangat mencabar. Ape yang mencabarnya?? Perjalanan dari rumah hingga ke Klia,kami hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Ampang ----> Bandar Tasik Selatan ---> Klia transit ----> Klia 2.

Lagi satu, mencabarnye perjalanan kami ni, kami hanya travel dengan backpackers,tanpa
Stroller dan baby carrier. (sebaiknya bawa baby carrier untuk memudahkan percutian kita nanti). Tapi Insyirah dah tak suke duduk dalam baby carrier tu... Maybe die rase tak bebas. Ehee..

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami didalam flight dipermudahkan dan Insyirah tidur sepanjang perjalanan.

Percutian kami di Penang selama 3hari 2malam. Sangat bermakna percutian ni bagi kami, sebab selama percutian ini, kami free gadjet (bebas dari gadjet).

Disini saya sertakan sedikit gambar kenangan kami ketika di Penang.

View dari awan biru


View dari puncak Bukit Bendera. 

Komtar

View dari Continental Hotel. 

Sedikit tips dari saya untuk mereka yang bakal travel by flight dengan anak-anak kecil.

Sebelum check in.
1. Cari dan gali ilmu sebanyak mungkin tentang travel by flight bersama anak kecil.
2. Sediakan makanan dan permainan yang cukup untuk anak-anak didalam flight.
3. Sebelum menaiki flight, biarkan anak-anak bermain sehingga penat.
4. Check diapers anak. Kalau dah penuh sila tukar sebelum masuk ke dalam flight. Diapers yang penuh akan mengganggu keselesaan anak.
5. Sediakan susu anak. Ini tips bagi anak yang menyusu formula. Kadang-kadang, ada airport yang benarkan kita bawak cecair naik, sebabkan cecair itu untuk anak, contohnya susu. Ada juga yang terlalu ketat, setiap cecair akan diambil walaupon susu. Sebaiknya hanya letak susu sahaja didalam botol, bila tiba giliran check in, minta pramugari isikan air suam.

Didalam flight.
1. Minta pada pramugari seatbelt untuk anak. Jangan malu nak minta sebab ni melibatkan keselamatan anak.
2. Posisikan anak dengan posisi yang selesa.
3. Susukan anak. Biasanya anak-anak ni die akan menangis bila flight mula bergerak, ini disebabkn gelombang pada telinga. Waktu ni kita terus beri susu, supaya gelombang yang memekakkan telinga semakin berkurang dan anak akan lebih selesa.
4. Seandainye anak tidak tidur, berikan mainan kepadanya supaya dia ralit. Dan pastikan mainan itu bukan yang berbunyi, sebab ini akan mengganggu penumpang lain.

Apa-apa pun bila travel bersama si kecil, tolak ansur dan kerjasama antara suami isteri sangat penting. Jangan diletak segala kerja mengurus anak pada sebelah pihak je. Kita sama-sama penat, sama-sama hepi.

Inilah serba sedikit pengalaman dan tips travel dari saya. Sekiranya anda ade tips yang lain, boleh juga dikongsi diruangan komen. Moga ada manfaatnya untuk kita semua.


Penafian

Assalamualaikum w.b.t

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar pemakanan  mahupun dianggap sebagai preskipsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.

Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan untuk diagnos atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan. Maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunakan vitamin dan mineral untuk menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan. Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.

Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor dan pakar nutrisi/pemakanan anda.

Sunday 11 June 2017

Resepi solok lada yang mudah dan sedap.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share menu kegemaran kami sekeluarga. Solok lada. Biasanya kita akan makan solok ni bersama nasi kerabu kan. Tapi kami biasanya makan solok lada dengan nasi putih je. Kadang-kadang tu makan solok lada gitu je pon dah sedap. Sekali mak buat, memang berebut. Dah tak nampak dah menu-menu lain.


Bahan-bahannya :

• Ikan kembung
• Asam keping
• Lada hijau dan merah
• Kelapa parut
• Santan
• 2biji Bawang merah kecil
• Garam

Cara-cara :

1. Ikan kembung di rebus bersam asam keping dan garam. Setelah ikan masak, angkat ikan dan toskan.
2. Asingkn isi ikan dengan tulang.
3. Tumbuk bawang merah bersama kelapa parut dan isi ikan yang dah diasingkan tadi sehingga lumat.
4. Setelah itu, sumbat bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam lada yang dah belah tengah dan di buang biji nye.
5. Susun lada yang disumbat tadi ke dalam bekas yang tahan kukus. Tuang kan santan dan garam
6. Masak sampai menggelegak santan tadi. Dan siap sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Kebaikan dan siapa yang memerlukan sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum w.b.t

Macam-macam jenis vitamin C sekarang ni. Ada yang ditelan, dihisap dan ad a juga yang disuntik. Semua orang ada hak untuk memilih. Saya nasihatkan sebelum membuat keputusan demi kesihatan dan kecantikan kita, eloklah kita kaji dulu latar belakang vitamin C tu.

Jom kita kenal vitamin C yang dikeluarkan oleh Shaklee. Iaitu Sustained Release Vita-C Plus.

BAGAIMANA SR VITA-C PLUS SHAKLEE BERBEZA DENGAN VITAMIN C YANG LAIN?

1.Vita-C SR diperbuat dari sumber semulajadi iaitu daripada Ekstrak Jagung. Ini bermakna, ia selamat diambil oleh pesakit gastrik. Vitamin C di pasaran biasanya menggunakan buah-buahan citrus yang masam dan lebih berasid, ini boleh menyebabkan gastrik bertambah teruk.

2. Vita-C SR berkepekatan tinggi iaitu 1 tablet membekalkan 500mg Vitamin C. Ia umpama memakan 7.5 biji buah Oren tau.

3. Ia juga ditambah dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex yang merupakan bestfriend Vitamin C. Gabungan dua-dua ni akan meningkatkan fungsi dan keberkesanan Vitamin C. So sebelum beli Vitamin C di pasaran, check dulu tau :D, tapi kalau susah-susah order je Vita-C SR Shaklee ni dengan saya.  😊

4. Ada Sistem Pelepasan Berperingkat (Sustained Release). Vitamin C ni vitamin larut air. Kalau kita ambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus, tidak semua Vitamin C ni boleh diserap oleh badan dan yang tidak diserap akan dikeluarkan melalui air kencing. Tu sebab kena pilih Vitamin C yang ada Sustained Release ni sebab vitamin c jenis SR ni akan dilepaskan 100mg setiap jam dan badan boleh menyerap dengan lebih optimum.

Sebenarnya inilah Rahsia mengapa Vita-C SR berkesan tau, sebab dah la semulajadi (badan senang serap), Sustained Release pula tu. So tidak perlu telan banyak-banyak sangat sebab insyaAllah akan menyerap dengan baik.

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS.

* Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri

* Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata

* Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

* Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

* Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

* Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

* Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

* Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

* Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

* Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

* Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

* Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

* Merawat jangkitan saluran kencing.

* Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

ANDA SANGAT-SANGAT PERLUKAN SR VITA-C PLUS, SEKIRANYA ANDA :

•merokok - asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang

•hidup di kalangan perokok - kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C

•pesakit kencing manis - perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat

•mengalami allergi atau asthma

•demam atau selsema - sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria

•menjalani pembedahan - untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman

•mengalami 'stress' fizikal atau mental - vitamin C termusnah akibat 'stress'

•warga tua - terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain

•mengandung atau menyusukan anak - vitamin C banyak disalurkan kepada anak

•mengambil pil perancang, antibiotik - ubatan ini boleh memusnahkan vitamin C

•mengambil alkohol - alkohol memusnahkan vitamin C

•Kanak-kanak. Vita C chewable ada dan memang sedap.

•mudah selesema dan demam. Untuk tingkatkan imun badan.

•ingin kulit gebu, anjal dan awet muda.

HARGA SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Harga sebotol hanya RM97.50. Mempunyai 180tablet dalam sebotol SR Vita-C Plus. Sebotol SR Vita-C Plus boleh tahan sehingga 6bulan (bergantung kepada pengambilan sehari). Sehari anda hanya memperuntukkan 0.55sen sahaja untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan yang diidamkan. Berbaloi kan?


Dalam dunia ni, kita ada banyak pilihan, kengkadang kita pun keliru mana satu yang terbaik. Tapi, bagi saya, kalau mahu amalkan makanan tambahan (suplemen), pilih la yang semulajadi, lulus KKM dan halal serta mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada produk lain.


Di luar sana ada pelbagai jenama kan? saya tak cakap jenama lain tak bagus, tapi kita sebagai pengguna pandai-pandailah pilih.


Jadi untuk memudahkan anda membeli SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS ni, anda boleh terus hubungi saya ditalian 013.398.0632.

Friday 9 June 2017

Sawi rebus menggamit perasaan.


Assalamualaikum w.b.t

Hai semua... Hepi sabtuday. 15 ramadhan 1438H. Sekejap je masa berlalu kan,dah setengah bulan kita berpuasa.

Hari ni kaknem nak share satu menu yang sangat-sangat simple. Menu ni penuh dengan kenangan. Kenangan bersama arwah mak dan abah kaknem.

Kenapa kaknem namakan menu sawi rebus ni dengan nama sawi rebus menggamit perasaan?

Banyak sangat memori dengan menu sawi rebus ni. Bukan setakat menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tapi menu ni menjadi menu terakhir arwah abah makan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Hari Jumaat, 1 rejab 1432H selepas sembahyang jumaat,abah pergi buat selamanya. Rasa sekejap sangat waktu tu. Kami makan tengahari bersama-sama bersembang,gelak ketawa. Selang beberapa jam, abah pergi menemui Sang Pencipta.

Itulah janji Allah. Kematian itu pasti. Semoga abah dan mak tenang di sana.  Aameeennn.

Okay..

Bahan-bahan yang diperlukan.
- Seikat Sawi
- Sedikit Ikan bilis
- 3 ulas bawang putih
- Air
- Garam

Cara-caranya.
1. Potong sawi,panjang nye dalam seinci.
2. Hiris/ketuk bawang putih. Basuh ikan bilis sebersihnya.
3. Akhir sekali, masukkan sawi, ikan bilis dan bawang putih ke dalam periuk, masukkan air ikut paras sayur.
4. Buka api sederhana.. Bila dah mendidih, perasakn dengan garam. Dan siap!!

Mudahkan?? Memang sangat cepat dan senang untuk disediakan. Makan dengan nasi panas, sambal belacan, ikan goreng. Fuhhhhh.... Memang menyengat kesedapannye.

Ehh.... Tau tak, menu ni sebenarnya menu berpantang juga tau. Letak lada hitam. Sedap!  Rase panas je badannya.

Tapi ade orang die tak boleh makan sawi, sebab berangin. Ade orang sawi rebus ni boleh jadi milkbooster. Yelah.. Lain orang lain badan dan lain penerimaannye kan. Alhamdulillah kaknem ok bile makan sawi rebus ni dalam pantang.

Okay, Selamat mencuba!!

Thursday 8 June 2017

4 makanan untuk mencegah jerawat.


Assalamualaikum w.b.t

Mengelakkan makanan yang menyebabkan jerawat harus diiringi dengan mengambil makanan yang boleh membantu mencegah timbulnya jerawat.

Berikut adalah makanan yang dicadangkan untuk membuat kulit anda bebas jerawat.

1. Ikan atau biji-bijian
Makanan seperti daging mengandungi terlalu banyak asid lemak omega-6, yang berkaitan dengan keradangan.Makan lebih banyak makanan mengandungi asid lemak omega-3, seperti yang ditemui dalam ikan, walnut, biji rami, dan sebagainya, ia boleh juga membantu meringankan keradangan jerawat.

2. Teh hijau
Kajian menunjukkan teh hijau mampu melawan jerawat. Melaksanakan krim yang mengandungi EGCG (antioksidan kuat dalam teh hijau) ke telinga arnab mengurangkan saiz kelenjar sebaceous, yang biasanya membesar pada orang dengan jerawat.
Kajian kedua pada peserta manusia mendapati bahawa EGCG secara signifikan mengurangkan intensiti jerawat dalam 8 minggu.

Ketika berjerawat, cubalah minum teh hijau lebih banyak. Cara lain, letakkan beg teh hijau di tempat yang berjerawat selama 10-15 minit.

3. Tiram
Beberapa kajian menunjukkan bahawa mineral seng dapat mengurangkan kesan daripada jerawat.Hal terbaik untuk mendapatkan seng adalah dari makanan. Sebagai alternatif, makanlah lebih banyak tiram, hati lembu, dan makanan kaya mineral seng lain.

4. Buah dan Sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran secara alami dapat membantu membersihkan jerawat.
Kandungan beta-karoten pada buah dan sayur-sayuran secara semula jadi membantu mengurangkan minyak kulit, serta mempunyai sifat anti-inflamasi.
Sayur-sayuran berwarna hijau juga membantu membuang racun dari tubuh yang membantu mencegah timbulnya jerawat.


Baca : cara menghilangkan jerawat yang mengganggu keyakinan diri. 

Cara menghilang jerawat yang mengganggu keyakinan diri.

Assalamualaikum w.b.t

Bila jerawat mula menjengah, biasanya keyakinan diri mula menurun. Yelah kan, orang duk pandang-pandang macam kita ni ade penyakit yang berjangkit pulak. Jerawat ni ade macam-macam jenis. Ade yang teruk dan ade yang biasa-biasa. Sekiranya anda mengalami jerawat yg teruk, seeloknya anda pergi berjumpa pakar kulit dan dapatkan nasihat yang sepatutnya.

Jom kenali punca-punca jerawat.

1. Masalah hormon


Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai  hormon androgen. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa...pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih.  Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Sebenarnya ini hanya sebahagian daripada punca jerawat. Ada banyak lagi punca yang menyebabkan jerawat semakin parah.


CARA MENGHILANGKAN JERAWAT MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI.

Tak salah kalau kita nak berikhtiar dengan ape cara sekalipun, tapi tak salah juga kita cuba ikhtiar masalah jerawat dengan vitamin semulajadi. Shaklee juga ade menyediakan set vitamin untuk jerawat.

Set jerawat Shaklee, B COMPLEX, SR VITA-C PLUS,VITA E COMPLEX dan ESP.


BAGAIMANA VITAMIN INI BERFUNGSI.

B COMPLEX - membantu mengatasi stress, dan menyebabkan muka nampak lebih glowing dan berseri.

SR VITA-C PLUS - bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan kolagen. Ia juga menghalang kotoran luaran seperti pencemaran dan toksin yang menyebabkan jerawat.

VITA E COMPLEX - menghilangkan parut dan jesan cela.

ESP - menbina sel-sel baru untuk kulit lebih sihat dan bersih. Serta memulihkan pigmentasi dan menjadikan kulit berseri serta tona lebih sekata.

TESTIMONI.





Sekiranya anda ingin mencuba set jerawat ini, anda boleh terus hubungi saya di talian 013.398.0632 untuk dapatkan KONSULTASI PERCUMA, ISTIMEWA DAN EXCLUSIVE.



Wednesday 7 June 2017

8 cara pudarkan jeragat dengan barang dapur.

Assalamualaikum w.b.t

Jeragat yang kurang tebal/teruk, inshaallah boleh dibantu dan dipudarkan dengan tips dari dapur.

1. Aloe vera/lidah buaya

Ambil lendir/gel dari kulit lidah buaya. Ratakan dimuka seperti masker. Setelah kering bilas dengan air suam. Lakukan 3x seminggu untuk hasil yang memuaskan.

2. Lemon

Potong lemon kepada dua bahagian. Pastikan muka telah dibersihkan terlebih dahulu. Sapu/gosokkan lemon pada tempat yang berjeragat. Biarkan selama 15minit. Setelah kering bilas dengan air suam.

3. Putih telur

Ramai yang tak suka dengan bau nye. Hanyir.. Okay, Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur sahaja. Pastikan muka telah dibersihkan terlebih dahulu. Ratakan putih telur di muka seperti masker. Setelah kering, ratakan lagi sekali pada muka. Setelah itu, kering, barulah dibilas dengan air suam secara membulat.

4. Air mawar.

Air mawar memang sesuai dengan semua jenis kulit bagi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan jeragat menjadi lebih teruk. Sapu/ratakan air mawar selepas mandi atau selepas mencuci muka.

5. Kentang mentah.

Hiris dan gosokkan sepotong kentang pada kulit yang bermasalah. Kentang sangat baik untuk merawat pigmentai dan bintik-bintik hitam.

6. Serbuk kunyit.

Campurkan serbuk kunyit dengan jus lemon dan gaul sehingga menjadi pes. Ratakan ke tempat yang bermasalah. Setelah kering bilas dengan air suam.
7. Bawang merah.

Hiris bawang merah menjadi kepingan bawang. Ambil satu kepingan, gosokkan pada tempat yang bermasalah.

8. Air kosong.

Anda perlu mengambil air secukupnya untuk mengepam keluar toksin dari badan, supaya kulit menjadi lebih sihat dan berseri.

Jeragat yang teruk agak sukar dihilangkan, dengan hanya menggunakan tips dari dapur.
Atasi masalah jeragat dengan vitamin. Ini adalah tips atau cara yang lebih praktikal pada zaman sekarang. Ikhtiar dengan vitamin juga boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Selamat mencuba !!

Monday 5 June 2017

Nasi Ayam Idaman

Haaaiiii koraanngsss.

Assalamualaikum w.b.t

Harini saya nak share something yang sedap. Pasti sedap.

Sebelum ni saya tak berapa suke memasak. Tapi sejak belajar dulu, kawan sentiasa bagi dorongan untuk cuba memasak, siap disediakan buku resepi untuk saya. Itu pon, sebab kami dapat tender masak untuk cafe pelajar.

Okay, saya cuba setiap resepi yg die bagi. Dan hasilnyaa.. Alhamdulillah saya teruja sangat bila orang makan dan makan lagi dengan hidangan yang saya hidangkan. Perasaan happy tu tak dapat nak digambarkan macam mane. Syukur sangat!

Dari situ timbul minat, dan jadi gian nak memasak. Dan sekarang dah berkahwin, memasak menjadi rutin, and I feel happy with that. Betul lah orang kata bila kita buat sesuati yang kita suka, kita akan rase kenikmatan nya bila kita selesai buat pekerjaan tu.

Panjang pulak berleter. Hihi.

Entri kali ni, saya nak share resepi NASI AYAM SEDAP. resepi ni hasil carian di google jugak, lepas tambah tolak ape yang patut, maka terjadilah resepi ini. Hihi.

NASI  AYAM SEDAP!

BAHAN REBUS
ayam
2ulas bawang putih (tumbuk)
2cm halia (ketuk)

BAHAN PERAP
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1cm halia (tumbuk)
2ulas bawang putih (tumbuk)
Kicap cair
Minyak zaitun
Gula
Garam
Madu

BAHAN NASI
Beras
3sudu butter
1cm halia (tumbuk)
4ulas bawang putih (tumbuk)
Air rebusan ayam
Garam
1biji bunga lawang
2biji pelaga
1batang kayu manis
1batang serai
2helai daun pandan *ikut suka
Serbuk kunyit.

BAHAN SOS
5biji cili merah
5ulas bawang putih
2cm halis
1 s/k garam
1 s/k gula
¹/² cawan air ayam
Sos cili/sos tomato

BAHAN KICAP
Kicap manis
Gula
3biji cili padi
Air ayam

BAHAN SUP
Air ayam
1biji bawang besar (kisar)
Rempah sup
Garam
Daun sup&daun bawang (hiris)

CARA-CARA

REBUS AYAM.
1. Rebus ayam yang dah dibersihkan dengan halia dan bawang putih
2. Angkat ayam yang dah masak dan tos.

PERAP AYAM.
1. Campurkan semua bahan perap tadi,gaulkan pada ayam yang sudah ditos.
2. Simpan dalam peti ais lebih kurang 15-30minit.
3. Goreng ayam jangan lama sangat. Kalau lama sangat nanti ayam jadi liat. Sekadar nak masakkan salutan perap je.

NASI
1. Cairkan butter, masukkan serbuk kunyit, bunga lawang,kayu manis, dan buah pelaga. Dah agak wangi, masukkan bawang putih,halia,serai,daun pandan*. Gaul sampai wangi. Pastikan api kecil je ye..
2. Selepas tu, masukkan beras. Gaul bagi rata dengan bahan tadi. Then, masukkan air rebusan ayam secukup nye dan garam. (sukat ikut jenis beras ye).
3. Tekan butang cook,dan bia die masak dengan sendirinya. (guna rice cooker)

SOS
1. Kisar sume bahan sos, campurkan dengan air rebusan ayam dalm periuk kecil, panaskan atas api. Dah menggelegak tutup api.

KICAP
1. Campurkan sume bahan kicap dalam periuk kecil, panaskan atas api. Dah menggelegak tutup api.

SUP
1. Masukkan bawang merah yang dah dikisar,rempah sup,dan garam dalam baki sup yang tinggal. Dah menggelegak tutup api. Dan tabur daun sup dan daun bawang.


Sedia untuk menghidang untuk orang yang terrrrsayanggg. 😍


Selamat mencuba. 😃

Atasi masalah jeragat dengan Vitamin

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita masih diberi keizinan untuk terus menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Hari ni hari ke10. Tinggal 20hari lagi Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita dan Syawal menjelma.

Biasanya bila Syawal semakin hampir, kita dah sibuk untuk sediakan segala persiapan. Persiapan diri, keluarga dan rumah. Kadang sampai terlupa persiapan untuk wajah/muka.

Baju semua dah gojes.. Tapi tang muka.. Kusam,berjeragat,lopak-lopak jerawat masih tak hilang-hilang lagi. Macam-macam produk dah cuba, tapi masih belum mendatangkan hasil.

Penampilan diri mula terjejas, keyakinan diri semakin merosot. Malu nak jumpa kawan, jadi antisosial terperuk je dalam rumah/bilik. Sambil berfikir "boleh ke jeragat aku ni hilang".

Sebenarnya jeragat dan kulit kusam boleh hilang dengan penggunaan produk yang betul.

BAGAIMANA JERAGAT TERHASIL?

Jeragat atau ‘melasma’ di muka adalah salah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi di kalangan penduduk Asia umumnya.

Ia merupakan  di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. Opsss.. Lelaki pun ade jugak masalah jeragat ni tau.

Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal  yang berada di lapisan kulit dan Melasma Dermal berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit.

PUNCA TERJADINYA JERAGAT.

Punca utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kehadiran jeragat ini berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut:

1. Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

2. Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

3. Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
Kerap menukar produk juga boleh mengakibatkan jeragat.

RAWAT JERAGAT DENGAN VITAMIN SEMULAJADI.

Kita selesaikan masalah daripada punca. Sebaiknya atasilah masalah jeragat dengan cara semulajadi bukan dengan produk yang mengandungi bahan kimia, yang mungkin akan menghilangkan jeragat tapi dalam masa yang sama menghakis dan menipiskan kulit muka.
Untuk pengetahuan semua, Shaklee ade produk membantu merawat jeragat. COLLAGEN, ESP, SR VITA-C PLUS, VITA-E COMPLEX dan GLA COMPLEX.

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE INI BERFUNGSI?

1. COLLAGEN POWDER.
Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit (dan rambut, kuku, otot, tulang, sendi, mata, saluran darah dan sebagainya). Semakin meningkat usia kita, semakin lambat badan kita hasilkan kolagen, jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan “melambatkan” penuaan wajah.

2. ESP.
Energizing soy protien (ESP) kaya dengan protin yang membantu penghasilan sel kulit baru yang lebih segar dan sihat. Sel kulit mati penyebab kulit menghasilkan tompok-tompok hitam diganti dengan sel baru dengan cepat tanpa perlu melakukan penggelupasan.

3. SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen. Penganbilan vitamin c secara konsisten, mampu membuatkan kulit lebih cerah sekata, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pembentukan jeragat.

4. VITA-E COMPLEX.
Vita e merupakan vitamin antioksida tinggi yang membuat keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak di dalam kulit. Vita e juga mampu merawat kesan parut, kesan jerawat dan kesan jeragat jika diambil srcara konsisten.

5. GLA COMPLEX.
GLA berfungsi mengawal paras hormon estrogen dan testosteron.  Jadi bila hormon stabil masalah jerawat yang menjadi punca utama jeragat akan dapat diatasi.
GLA Complex juga berfungsi untuk memulihkan bintik penuaan / jeragat pada kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV dengan vitamin E yang terkandung di dalamnya.

Set ini bukan sahaja bertujuan menghilangkan jeragat semata-mata. Malah dapat juga membantu mengatasi masalah jerawat, menghilangkan parut, mencerahkan kulit dan sekaligus meningkatkan kesihatan dari dalam.


TESTIMONI





Jika anda berminat nak mencuba vitamin jeragat ni, anda boleh terus PERSONAL WHATSAPP saya di talian 013.398.0632.


Alah membeli menang memakai giteewww.😁




















Sunday 4 June 2017

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Ampang

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Untuk entri yang pertama ini saya ingin memperkenalkan diri. Nama diberi Tasnim binti Mohd Salleh. Nama mesra Anem@KakNem.Saya dilahirkan pada 6 Oktober 1987 dan berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Saya merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana. 

Alhamdulillah,tanggal 2 Ogos 2014 saya diijab qabul dengan seorang jejaka dan setahun kemudian,tarikh yang same tahun berbeza, 2 Ogos 2015, lahirlah seorang puteri cahayamata pelengkap keluarga kecil kami, nurul insyirah. Saya seorang surirumah dan salah seorang Pengedar Sah Shaklee Kawasan Ampang. 

KENAPA SHAKLEE? 

Saya mula dengan Shaklee dari sebelum kahwin. Produk pertama saya amik adalah GLA COMPLEX. Masa tu period memang tak teratur. Lagi satu sebab bila saya senggugut, saya mesti sakit kepala. Dan bila sampai angin swing tu, mood memang ke laut.

Alhamdulillah lepas consume GLA COMPLEX, senggugut dan sakit kepala mula berkurang dan period saya makin teratur. Sampailah saya berkahwin. 

Dan sekali lagi syukur sangat-sangat, dengan asbab GLA COMPLEX, membantu kesuburan saya. Selang 4bulan perkahwinan, saya dianugerahkan rezeki hamil. 

Maka bermulalah kisah morning sickness yang sangat teruk. Dan waktu tu saya mula tinggalkan vitamin-vitamin saya. Bila dah masuk 5bulan kehamilan saya mula sedar dan contact balik sahabat saya Zulaikha Ali,untuk dapatkan vitamin hamil. 

Semasa membeli vitamin hamil ni lah baru saya register sebagai ahli. Bayangkan... Betapa ruginye selama ni saya tak jadi ahli lebih awal. 
Tapi masa ni saya belom ade hati lagi nak berbisnes, cuma makan sendiri saja. 

BISNES SHAKLEE.
Saya mula berbisnes ni hujung tahun 2016. Salah satu sebab saya buat bisnes, saya nak bantu ekonomi keluarga memandangkan kos hidup sekarang terlalu tinggi,lebih-lebih lagi bile kita tinggal di bandar. Kebetulan sekarang ni suami saya masih belajar sambil bekerja. 

Lagi satu sebab, saya nak bantu ramai orang untuk hidup lebih sihat. Bila kita dah makan dan merasai kesannya, kita akan rasa nak berkongsi dengan semua orang, biar semua orang merasai kesannya dan hidup dengan gembira. Betul tak??

Dari situ saya teruja dan bersungguh-sungguh nak bantu ramai orang untuk menjadi lebih sihat dan cantik. Produk-produk Shaklee ni dijamin selamat,berkesan,semulajadi dan halal. Dan ade landmark study dari profesor-profesor tertentu tau. 

Shaklee boleh bantu kita untuk dapat income 4 ke 5angka setiap bulan. Yang penting kita ade usaha dan tidak mudah putus asa.

Jadi,sape yang rase Shaklee bileh bantu dalam kewangan keluarga anda. Jom join saya dalam terus menyebarkan kebaikan hingga ke satu dunia.


Dalam dunia sekarang serba serbi memerlukan duit. Tapi duit bukan segalanya. Bila ade duit,kita boleh bantu bersedekah dengan lebih lagi. Hati pon gembira dan senang. 

Inilah serba sedikit cerita saya,kenapa saya masih setia dan terus menyebar kebaikan tentang Shaklee. 

Tak cukup info?? Nak kan info lebih.. Boleh terus whatsapp saya di talian 013.398.0632.

Nice to meet u and have a nice day!  😊