Monday 5 June 2017

Nasi Ayam Idaman

Haaaiiii koraanngsss.

Assalamualaikum w.b.t

Harini saya nak share something yang sedap. Pasti sedap.

Sebelum ni saya tak berapa suke memasak. Tapi sejak belajar dulu, kawan sentiasa bagi dorongan untuk cuba memasak, siap disediakan buku resepi untuk saya. Itu pon, sebab kami dapat tender masak untuk cafe pelajar.

Okay, saya cuba setiap resepi yg die bagi. Dan hasilnyaa.. Alhamdulillah saya teruja sangat bila orang makan dan makan lagi dengan hidangan yang saya hidangkan. Perasaan happy tu tak dapat nak digambarkan macam mane. Syukur sangat!

Dari situ timbul minat, dan jadi gian nak memasak. Dan sekarang dah berkahwin, memasak menjadi rutin, and I feel happy with that. Betul lah orang kata bila kita buat sesuati yang kita suka, kita akan rase kenikmatan nya bila kita selesai buat pekerjaan tu.

Panjang pulak berleter. Hihi.

Entri kali ni, saya nak share resepi NASI AYAM SEDAP. resepi ni hasil carian di google jugak, lepas tambah tolak ape yang patut, maka terjadilah resepi ini. Hihi.

NASI  AYAM SEDAP!

BAHAN REBUS
ayam
2ulas bawang putih (tumbuk)
2cm halia (ketuk)

BAHAN PERAP
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1cm halia (tumbuk)
2ulas bawang putih (tumbuk)
Kicap cair
Minyak zaitun
Gula
Garam
Madu

BAHAN NASI
Beras
3sudu butter
1cm halia (tumbuk)
4ulas bawang putih (tumbuk)
Air rebusan ayam
Garam
1biji bunga lawang
2biji pelaga
1batang kayu manis
1batang serai
2helai daun pandan *ikut suka
Serbuk kunyit.

BAHAN SOS
5biji cili merah
5ulas bawang putih
2cm halis
1 s/k garam
1 s/k gula
¹/² cawan air ayam
Sos cili/sos tomato

BAHAN KICAP
Kicap manis
Gula
3biji cili padi
Air ayam

BAHAN SUP
Air ayam
1biji bawang besar (kisar)
Rempah sup
Garam
Daun sup&daun bawang (hiris)

CARA-CARA

REBUS AYAM.
1. Rebus ayam yang dah dibersihkan dengan halia dan bawang putih
2. Angkat ayam yang dah masak dan tos.

PERAP AYAM.
1. Campurkan semua bahan perap tadi,gaulkan pada ayam yang sudah ditos.
2. Simpan dalam peti ais lebih kurang 15-30minit.
3. Goreng ayam jangan lama sangat. Kalau lama sangat nanti ayam jadi liat. Sekadar nak masakkan salutan perap je.

NASI
1. Cairkan butter, masukkan serbuk kunyit, bunga lawang,kayu manis, dan buah pelaga. Dah agak wangi, masukkan bawang putih,halia,serai,daun pandan*. Gaul sampai wangi. Pastikan api kecil je ye..
2. Selepas tu, masukkan beras. Gaul bagi rata dengan bahan tadi. Then, masukkan air rebusan ayam secukup nye dan garam. (sukat ikut jenis beras ye).
3. Tekan butang cook,dan bia die masak dengan sendirinya. (guna rice cooker)

SOS
1. Kisar sume bahan sos, campurkan dengan air rebusan ayam dalm periuk kecil, panaskan atas api. Dah menggelegak tutup api.

KICAP
1. Campurkan sume bahan kicap dalam periuk kecil, panaskan atas api. Dah menggelegak tutup api.

SUP
1. Masukkan bawang merah yang dah dikisar,rempah sup,dan garam dalam baki sup yang tinggal. Dah menggelegak tutup api. Dan tabur daun sup dan daun bawang.


Sedia untuk menghidang untuk orang yang terrrrsayanggg. 😍


Selamat mencuba. 😃

No comments:

Post a Comment