Sunday, 11 June 2017

Resepi solok lada yang mudah dan sedap.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share menu kegemaran kami sekeluarga. Solok lada. Biasanya kita akan makan solok ni bersama nasi kerabu kan. Tapi kami biasanya makan solok lada dengan nasi putih je. Kadang-kadang tu makan solok lada gitu je pon dah sedap. Sekali mak buat, memang berebut. Dah tak nampak dah menu-menu lain.


Bahan-bahannya :

• Ikan kembung
• Asam keping
• Lada hijau dan merah
• Kelapa parut
• Santan
• 2biji Bawang merah kecil
• Garam

Cara-cara :

1. Ikan kembung di rebus bersam asam keping dan garam. Setelah ikan masak, angkat ikan dan toskan.
2. Asingkn isi ikan dengan tulang.
3. Tumbuk bawang merah bersama kelapa parut dan isi ikan yang dah diasingkan tadi sehingga lumat.
4. Setelah itu, sumbat bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam lada yang dah belah tengah dan di buang biji nye.
5. Susun lada yang disumbat tadi ke dalam bekas yang tahan kukus. Tuang kan santan dan garam
6. Masak sampai menggelegak santan tadi. Dan siap sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a comment