Monday 12 June 2017

Pengalaman travel backpackers by flight bersama si kecil.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Buat pertama kalinya Allah izinkan keluarga kecil saya travel by flight dengan seorang anak yang masih kecil. Insyirah waktu ni berumur setahun 6bulan.

Perasaan happy, teruja dan terharu sangat bila suami bagitahu, dia nak bawa kami ke utara Malaysia, Penang. Tak pernah terfikir pon sebelum ni nak pergi ke Penang. Lagi-lagi bila memikirkan segala kos dan anak masih kecil. Lagi tambah terharu, bila suami kata, hotel,tiket dan segalanya dia dah booking dan dah diaturkan. Waahhhh... Berangan jadi princess sekejap. Eheeee...

Maka bermulalah pencarian ilmu serba sedikit tentang travel bersama anak kecil ni. Yelah.. First time kan. Macam-macam perasaan ade, teruja, takut, macam-macam lagi lah.

4/3/2017, bermula pengembaraan kami yang sangat mencabar. Ape yang mencabarnya?? Perjalanan dari rumah hingga ke Klia,kami hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Ampang ----> Bandar Tasik Selatan ---> Klia transit ----> Klia 2.

Lagi satu, mencabarnye perjalanan kami ni, kami hanya travel dengan backpackers,tanpa
Stroller dan baby carrier. (sebaiknya bawa baby carrier untuk memudahkan percutian kita nanti). Tapi Insyirah dah tak suke duduk dalam baby carrier tu... Maybe die rase tak bebas. Ehee..

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami didalam flight dipermudahkan dan Insyirah tidur sepanjang perjalanan.

Percutian kami di Penang selama 3hari 2malam. Sangat bermakna percutian ni bagi kami, sebab selama percutian ini, kami free gadjet (bebas dari gadjet).

Disini saya sertakan sedikit gambar kenangan kami ketika di Penang.

View dari awan biru


View dari puncak Bukit Bendera. 

Komtar

View dari Continental Hotel. 

Sedikit tips dari saya untuk mereka yang bakal travel by flight dengan anak-anak kecil.

Sebelum check in.
1. Cari dan gali ilmu sebanyak mungkin tentang travel by flight bersama anak kecil.
2. Sediakan makanan dan permainan yang cukup untuk anak-anak didalam flight.
3. Sebelum menaiki flight, biarkan anak-anak bermain sehingga penat.
4. Check diapers anak. Kalau dah penuh sila tukar sebelum masuk ke dalam flight. Diapers yang penuh akan mengganggu keselesaan anak.
5. Sediakan susu anak. Ini tips bagi anak yang menyusu formula. Kadang-kadang, ada airport yang benarkan kita bawak cecair naik, sebabkan cecair itu untuk anak, contohnya susu. Ada juga yang terlalu ketat, setiap cecair akan diambil walaupon susu. Sebaiknya hanya letak susu sahaja didalam botol, bila tiba giliran check in, minta pramugari isikan air suam.

Didalam flight.
1. Minta pada pramugari seatbelt untuk anak. Jangan malu nak minta sebab ni melibatkan keselamatan anak.
2. Posisikan anak dengan posisi yang selesa.
3. Susukan anak. Biasanya anak-anak ni die akan menangis bila flight mula bergerak, ini disebabkn gelombang pada telinga. Waktu ni kita terus beri susu, supaya gelombang yang memekakkan telinga semakin berkurang dan anak akan lebih selesa.
4. Seandainye anak tidak tidur, berikan mainan kepadanya supaya dia ralit. Dan pastikan mainan itu bukan yang berbunyi, sebab ini akan mengganggu penumpang lain.

Apa-apa pun bila travel bersama si kecil, tolak ansur dan kerjasama antara suami isteri sangat penting. Jangan diletak segala kerja mengurus anak pada sebelah pihak je. Kita sama-sama penat, sama-sama hepi.

Inilah serba sedikit pengalaman dan tips travel dari saya. Sekiranya anda ade tips yang lain, boleh juga dikongsi diruangan komen. Moga ada manfaatnya untuk kita semua.


2 comments:

  1. Memang agak mencabar bila travel bersama anak kecik ni kan. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. Memang mencabar dan pengalaman tak dapat dilupakan. 😄

      Delete