Tuesday 20 June 2017

Amalan Yang Perlu Dilakukan Setelah Disahkan Menghidap Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum w.b.t

Antara punca kita tergolong dalam golongan mereka yang menghidap tekanan darah tinggi adalah keturunan dan faktor pemakanan. Daripada kedua-dua punca ni, kita sangat perlu berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kesihatan, sebab penyakit tekanan darah tinggi ni kita tak sedar pon kedatangannya. "Dia" datang tanpa memberi salam.

Sekiranya kita mempunyai keturunan penghidap darah tinggi, lagi bertambah-tambah patut berjaga-jaga sebab ada kemungkinan besar, bila kita tersilap langkah, kita juga akan termasuk dalam golongan ini.

Teringat kisah arwah mak. Mak memang ade penyakit darah tinggi. Dan alhamdulillah mak memang sentiasa buat check-up dan makan ubat ikut dos yang diberikan. Takdir Allah menentukan segalanya. Satu hari mak pengsan, terus dikejarkan ke hospital. Bila doktor scan kepala, rupanya ada pendarahan yang kecil sebesar duit 5sen. Doktor hanya bagi ubat untuk menghilangkan pendarahan tersebut. Alhamdulillah mak kembali sihat.

Selang beberapa bulan, mak kembali pengsan dan terus dikejarkan kembali ke hospital. Doktor scan semula kepala, dan doktor sangat terkejut sebab pendarahan tu dah merebak terlalu banyak. Bila diamati, rupanya banyak saluran darah yang telah pecah dan perlu dibedah segera untuk menghentikan pendarahan. Allahurabbi... Terduduk kami mendengar berita ni. Hanya Allah je yg tahu perasaan kami masa tu.  Abah mengizinkan demi kesihatan mak. Doktor mengandaikan akan terjadi salah satu dari dua situasi ini kepada mak. Sama ada mak buta dan boleh bercakap, atau mak nampak tapi tak boleh bercakap. Dan mak jugak akam stroke selepas dibedah.

Setelah beberapa jam, alhamdulillah syukur kepada Allah, mak selamat dan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Setelah mak sedar, tanpa kami duga mak telah hilang ingatan. Mak tak ingat langsung anak, apatah lagi suami.

Selang seminggu, Allah mengembalikan semula ingatan mak. Walaupon mak masih ingat-ingat lupa. 3 hari selepas pembedahan, mak tiba-tiba tak sedarkan diri. Bila sedar mak dah lumpuh separuh badan dan tak boleh bercakap. Allahuakbar!! Bertimpa-timpa ujian pada mak. Setelah 5tahun mak diuji dengan kesihatan, akhirnya kami dikhabarkan mak dah kembali kepada Yang Maha Esa ketika tido.

Semoga roh mak tenang disana. Aameeeennn.

Apa yang saya dapat daripada kisah mak saya tadi, mak memang seorang yang menjaga pemakanan dan akan sentiasa pergi membuat rawatan. Tapi Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk mak. Bayangkan kalau kita tak menjaga pemakanan, tak buat rawatan susulan, agak-agak ape akan jadi pada kita? Adakah kita hanya menyerah? "Allah dah bagi aku sakit, nak buat macammana, redha je.. ". Begitu ke?? Sebaiknya kita usaha sehabis baik untuk melihat diri kita lebih sihat. Nikmat sihat itu sangat indah.

Saya nak kongsi tips atau amalan yang boleh kita lakukan sekiranya kita disahkan menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

1. Solat hajat sentiasa mohon Allah beri kesihatan yang baik.

2. Tangani stress secara konsisten dengan menenangkan hati dan fikiran. Sentiasa dekatkan diri dengan AlQuran. Ayat-ayat AlQuran mampu menenangkan hati yang sedang bersedih dan kusut.

3. Amalkan senaman selama 30minit sehari. Tak perlu nak senam berat-berat. Senaman sekadarnya yang boleh mngeluarkan peluh.

4.. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol dalam setiap makanan.

5. Kurangkan berat badan jika sudah berlebihan.

6. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

7. Berhenti merokok.

8. Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan yang telah diberikan.

Last but not lease, ade satu petua yang saya nak kongsi. Moga memberi manfaat pada pesakit tekanan darah tinggi dan juga bermanfaat pada kita semua.

* Amalkan makan cincau 2hari sekali. Cincau ni bersifat sejuk. Jika tak mampu makan begitu saja, blend kan cincau tu tuk diminum. In Shaa Allah boleh turunkan tekanan darah kita.. Semua dengan izin Allah.

Jom mulakan perubahan demi sebuah kesihatan yang sangat bernilai. Sihat itu Kaya.

Baca : Risiko Yang Bakal Dihadapi Oleh Pesakit Tekanan Darah Tinggi

10 comments:

  1. Sedihnya baca kisah mak Tasnim..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameennnn Ya Rabb. Tq kak jida 😊

      Delete
  2. Sedih sya baca..moga arwah ditempatkan diklgn org beriman. .dan baru tahu petua cincau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameennnn3x.. Mekasih kak. Jom kita ikhtiar dengan cincau. Sedap gak buat air bebuka nanti.Sejuk-sejuk gitu. 😄

      Delete
  3. First time dengar pasal cincau untuk turunkan darah tinggi.
    Semoga arwah mak Tasnim ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameeennn... Mekasih kak ros. Jom buat air cincau sejuk tul berbuka nanti. Hihihi.

      Delete
  4. Moga arwah mak tasnim diberikan ganjaran syurga. Berat ujiannya. Baru tahu pasal cincau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameeennn Ya Rabb.. Mekasih kak rodh Petang ni menu berbuka,cincau sejuk. 😂

      Delete
  5. Baru tau cincau boleh bantu turunkan darah tinggi

    ReplyDelete
  6. Alfatihah untuk arwah mak. Ayah saya pun ada darah tinggi dan makan ubat. Tapi tak jaga makan. Huhu.

    ReplyDelete