Thursday 15 June 2017

Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ni saya nak share tentang tekanan darah tinggi.

Saya ada sejarah keluarga tentang penyakit tekanan darah tinggi. Arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi dan stroke. Arwah abah pula disebabkan darah tinggi dan mengalami komplikasi di injap jantung. Memang ada yang kata sudah sampai ajal.. Tapi inilah hasil kajian doktor terhadap mak ayah saya.

Sejak dari tu... Saya amat concern dan sedia membantu pada sesiapa yang ada masalah tekanan darah tinggi. Jangan dipandang enteng ye.... Lagi lagi sekarang ni cuaca di Malaysia... Tidak menentu... Cuaca pon main peranan? Yes! ... Cuaca juga memainkan peranan dalam terjadinya tekanan darah tinggi!

Sebenarnya, tekanan darah tinggi boleh diikhtiar samada dengan ubat-ubatan atau tanpa ubat-ubatan. Untuk ikhtiar tanpa ubatan, tidak ada cara lain selain merubah cara hidup yang tidak sihat kepada cara yang lebih sihat..

Okay. Jom kenal..

MACAM MANA TERJADINYA TEKANAN DARAH TINGGI ?

Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam. Dimana ia mengunjurkan dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang menbawa darah keseluruhan badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang dan individu, dan bacaannye juga berbeza.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolestrol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi tidak mengalami sebarang gejala atau simptom. Kadangkala seseorang tu hanya mengalami simptom yang tidak spesifik seperti sakit kepala dan pening kepala.

Sakit kepala boleh berlaku dalam kes tekanan darah tinggi. Selalunya ianya berlaku pada waktu pagi, rase berdenyut pada bahagian belakag kepala, bergantung kepada tahap keseriusan tekanan darah tinggi.

Kita dinasihatkan supaya membuat rawatan kesihatan sekurang-kurang setahun sekali. Ingat yeeee.. Jangan tunggu dan ambil ringan bila kita kerap sakit atau pening kepala, mungkin itu adalah tanda tekanan darah tinggi dan mungkin juga sudah terlambat.

KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Jangan tak tahu yeee... Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, ade yang boleh bantu mengawal tekanan darah tinggi. Antara nya, Vivix, Omega Guard, Garlic Complex dan B-Complex.

1. VIVIX
Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Gerontologi: tekanan darah. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam Vivix boleh membantu dengan tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. Bagaimana? Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil manusia oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitrik oksida-ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah .

2. OMEGA GUARD
Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, dan mencegah pembekuan darah dalam badan.

3. GARLIC COMPLEX
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

4. B-COMPLEX
B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan darah tinggi selalu juga berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf. B-complex juga bantu menukar makanan menjadi tenaga. So takdela berkumpul jadi gula semata.

TESTIMONI



BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN NI ?

Untuk pertanyaan lanjut, konsultasi, nak jadi ahli atau nak tahu harga lebih jimat, hubungi/whatsapp sahaja 013.398.0632 ( tasnim) hari ini.

14 comments:

  1. Nice sharing Tasnim.

    Takut juga kena darah tinggi lagi-lagi macam kakda yang ada 4 anak kecik ditambah pulak kembar.

    Kena makan supplemen dari sekarang. Better prevent dari awal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakda. Sekarang ni penyakit tak kira umur. Mana dan je die singgah. Memang perlu jaga pemakanan dan kesihatan. Supplemen sangat membantu. ❤

      Delete
  2. Dulu selalu dengar orang tua yang berdarah tinggi, sekarang ni budak-budak pun mengalami masalah ni..
    Perlu jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat dan ambil supplement yang bersesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Salah satu faktor adalah pemakanan. Memang sangat perlu kita topup dengan supplemen. Tapi jangan tersalah pilih, buruk padahnya. ❤

      Delete
    2. Setuju! Salah satu faktor adalah pemakanan. Memang sangat perlu kita topup dengan supplemen. Tapi jangan tersalah pilih, buruk padahnya. ❤

      Delete
  3. Zaman sekarang ni, penyakit dah tak mengenal usia.. Orang muda pun boleh kena.. So kenalah jaga kesihatan dari sekarang... Mencegah lebih baik dari mengubatikan...😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kena jaga kesihatan dan gaya hidup sihat dari sekarang.

      Delete
  4. stress di tempat kerja pun boleh jadi punca kepada penyakit ini. kena lah cari langkah pencegahan awal supaya dapat dikawal dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesszaaa.. Setuju! Kawal stress moga cantik selalu. 😊

      Delete
  5. Zaman sekarang ni darah tinggi dah tak kenal usia kan. Kenalah beringat dan elak dengan nutrisi dan Gaya hidup sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul! Sekarang ni budak remaja pon dah ade penyakit darah tinggi. 😢

      Delete
  6. menakutkan skng nie...penyakit tak kenal usia sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa la kita beringat kan. Jaga pemakanan, diet yang sihat, dan lengkapkan segala nutrisi dengan pilihan yang bijak!

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete