Sunday 18 June 2017

Risiko Yang Bakal Dihadapi Oleh Pesakit Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum  w.b.t

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang, seterusnya mengakibatkan kerosakan organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

PENINGKATAN TEKANAN DARAH TINGGI SECARA MENDADAK AKAN MENYEBABKAN:

1. Kekeliruan
2. Khayal
3. Sawan
4. Kematian
** Jadi, bagi pesakit tekanan darah tinggi perlu dirawat dengan segera.

RISIKO YANG BAKAL DIHADAPI OLEH PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan kepada gangguan kepada organ-organ tubuh:

1. Jantung: kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
2. Pembuluh darah: menjadi keras
3. Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
4. Mata: pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitive cahaya dalam mata
5. Otak: strok / angin ahmar

* Semua komplikasi di atas dapat dicegah sekiranya anda mendapatkan rawatan awal.

BOLEH JUGA BANTU KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Selain mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor, kita juga boleh ikhtiar dengan vitamin Shaklee. Tapi, ubat-ubatan tu jangan ditinggal yee tanpa nasihat daripada doktor.

Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal, disarankan beberapa rangkaian vitamin Shaklee iaitu:

1. B-Complex
( Harga RM58.75, 120 Tablet, Tahan 4bulan penggunaan )

B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan datah tinggi selalu juga berpunca daripada stres dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

2. Omega Guard
( Harga RM136.25, 90 Tablet, Tahan sebulan penggunaan)

Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Garlic Complex
( Harga RM56.25, 60 Tablet, Tahan sebulan penggunaan)

Garlic atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

Ikhtiarlah semampu yang boleh demi sebuah kesihatan diri yang sangat bernilai. Sihat itu Kaya.❤

11 comments:

  1. Betol tu darah tinggi sangat memberbhya..oleh itu jaga lh kesihatan anda.cegah seblum parah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bahaya kan kak. Sakit darah tinggi ni bukannya kita sedar pon. Sebab tu kena sentiasa berjaga-jaga. 😊

      Delete
  2. penyakit darah tinggi ni tak kira usia..kadang-kadang yang muda pun boleh kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya ada kawan masa sekolah dulu, baru form 5 dah ade darah tinggi. Kena cepat kawal sebelum lagi teruk penyakit ni.

      Delete
  3. Baru2 ni kawan sya meninggal sebab tekanan darah tinggi..muda lagi sebaya sya ☹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Moga ditempatkan bersama para solihin. Mati dan sakit tak kenal usia kan sya. 😢

      Delete
  4. Penyakit darah tinggi ne, menyerang tak kira usia.. kadang2 budak2 pun boleh terkena ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Betul!. Sebab tu dari kecik lagi kita kena ajar cara pemakanan yang betul kan.

      Delete
  5. Penyakit darah tinggi ne, menyerang tak kira usia.. kadang2 budak2 pun boleh terkena ..

    ReplyDelete
  6. Bahaya pula darah tinggi ni kan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Senang sangat nak dapat sakit ni. Mohon dijauhkan pada kita semua. Pape pon kita usaha untuk menjaga kesihatan diri kita. 😊

      Delete